Hubungan sosial kami:
  • Halaman Rumah
  • Tentang Kami
    • Rutin / Jadual Harian Kami
    • Antara Aktiviti Kami
    • Media Dan Kami
    • Cawangan Baru Kami
    • Rangkaian Pautan Lain
  • Berhubung Dengan Kami
    • Permohonan Kemasukan Penghuni
    • Pemberitahuan Temuduga Kepada Pelajar
  • Bagaimana Anda Boleh Menolong
    • Tujuan Tabung Dana

Ketahui Lebih Lanjut

tentang aktiviti-aktiviti yang telah kami anjurkan di dalam blog kami.

Ke Blog Kami
RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) yang berdaftar di alamat 7B Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. DARWA mula beroperasi sepenuhnya pada 01 September 2008 dan bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor.

Pada 14 Mac 2013, DARWA telah berdaftar secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Petubuhan Malaysia sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH(DARWA) (PPM-034-10-14032013) 
Tujuan penubuhan pusat perlindungan ini adalah untuk menjadi tempat perlindungan sementara kepada wanita-wanita teraniaya, mangsa dera dan lain-lain keadaan yang difikirkan sesuai.
OBJEKTIF
Memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada kaum wanita Islam di seluruh Malaysia

VISI
Menjana Tamadun Khairu Ummah 

MISI
  • Mentarbiah dan mengislahkan golongan yang tersasar daripada cara hidup Islam.
  • Memberi perlindungan dan mentarbiah saudara baru (mualaf) yang dilanda krisis akidah dan akhlak dan wanita teraniaya. 
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita mengandung tanpa nikah
  • Memberi perlindungan sementara kepada wanita 
  • Membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar daripada cara hidup Islam untuk kembali kepada Islam yang syumul.
  • Memberi bantuan khidmat bimbingan fardhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman. 
  • Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.
  • Menyedarkan masyarakat dengan isu-isu akidah dan akhlak

KATEGORI KES

  • Wanita kecelaruan aqidah; mualaf  dan murtad
  • Wanita teraniaya; penderaan fizikal dan mental
  • Mengandung  tanpa nikah; zina, rogol, sumbang mahram
  • Remaja yang terlibat dengan gejala sosial (percubaan)
Powered by Create your own unique website with customizable templates.